Baru.

Assalamualaikum.


Syukur alhamdulilah kerana masih berpijak dibumi yang nyata ini. Aku dapat meneruskan sisa-sisa hidup aku dibumi. Post kali ini aku taktau nak confess apa.


Okay berkenaan dengan posting aku kali ni yang bertajuk BARU, aku sudah mula tertarik dengan SATU PERGERAKAN SENI. Ianya mempunyai banyak bidang, tapi yang ini aku memang minat sangat. Nama pergerakan seni ini dipanggil 'Street Art'.


Aku sudah mula di 'influence' kan kepala otak aku dengan pergerakan seni ini. Aku taktau kenapa aku boleh minat dengan benda ni. Mungkin sebab daripada aku sekolah rendah yang 'acah-acah' lukis nama besar-besar dekat kertas kosong.


Okay, Street Art ni pada akulah kan, memang gempak, stylo, cool habis, semuanya lah. Aku betul minat sangat-sangat. Aku suka tengok karya-karya seni GRAFFITI di dinding-dinding yang usang, ianya menyampaikan sesebuah mesej yang mengandungi pelbagai maksud.

Dan aku jugak mula berjinak-jinak dengan Street art ni, cuma acah-acah je. Insyallah kalau ada rezeki aku akan lebihkan tumpuan aku kepada yang lagi besar, Insyallah.

okaylah setakat ni je yang dapat aku tulis. Assalamualaikum :)

No comments:

Post a Comment