#Syukur

Assalamualaikum korang,

Dah lama kan aku tak update blog. Maaflaa bukan taknak update, tapi masa dengan aku jarak terlalu dekat. Almaklumlah student Limkokwing lahh katankan, KATANYA! Hehe, apa-apa aku tetap bersyukur kerana aku masih lagi bernyawa di muka bumi ini. 

Firstly, aku berasa gembira kerana aku masih lagi diberi masa. Tapi takkan dapatku melupakan kenangan bersama arwah. Aku berharap satu tika aku akan menyambut 'raja sehari' tidak kesampaian. Takdir telah menulis yang kau pergi tak kembali lagi. Dia teramatlah special buatku kerana dialah teman seperjuangan ku. Walaupun kami berbeza umur, itu bukan penghalang bagi aku dan dia mencipta sebuah pengalaman dan pengajaran. AKU MERINDUI MU WAHAI MOHD RASHID BIN BUYADI. Al-fatihah.


Hari ini aku syukur kerana aku masih diberi peluang untuk berjumpa dengan tahun 2013. 2012 telah kutinggalkan buat selama-lamanya. Cuma pengalaman hidup lekat di hati 2013. Aku ingin berterima kasih pada ALLAH, kerana Ibu dan Ayah ku dapat melahirkanku dimuka bumi yang indah ini. Seorang lelaki yang mempunyai kulit hitam manis bak cokelat Cadbury :) Aku ingin bersyukur sangat-sangat pada Ibu dan Bapa ku kerana  mengajarkan ku erti hidup ini.


  FEELING GOOD, FEELING ALRIGHT :) 4:20



Selamat Ulangtahun, AZRI! #2013 #LuqmanHakim

No comments:

Post a Comment